Pada 26 September 2022 (Isnin), di sebelah petang, Ketua Pustakawan dan Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan telah ke PTAR Kampus Sungai Buloh bagi lawatan kerja beliau ke sana. Mereka telah disambut oleh Encik Shahrani bin Abdul Manaf, (Timbalan Ketua Pustakawan) dan staf perpustakaan di sana.

Lawatan ini dimulakan dengan menandatangani buku pelawat dan kemudian di bawa ke bilik mesyuarat di Aras 2 perpustakaan. Lawatan ini diteruskan dengan ucapan aluan daripada Encik Shahrani bin Abdul Manaf dan pembentangan pencapaian pembangunan dan perkhidmatan di PTAR Kampus Sungai Buloh.



Dalam lawatan ini juga, Ketua Pustakawan berpeluang untuk bersemuka dengan staf bagi mendengar dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perpustakaan serta mendengar cadangan dan input dari staf bagi meningkatkan lagi perkhidmatan perpustakaan.
Beliau juga berkongsi mengenai kepentingan dan hala tuju perpustakaan UiTM menjelang tahun 2025 dan berharap agar mereka memahami dan membantu merealisasikan aspirasi perpustakaan UiTM.



Selesai sesi tersebut, Ketua Pustakawan dan Encik Norhazlan telah di bawa melawat sekitar perpustakaan dan sesi bergambar bersama staf di sana.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh staf perpustakaan PTAR Kampus Sungai Buloh di atas layanan dan komitmen yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan untuk warga kampus. Dengan adanya lawatan kerja seperti ini, beliau dapat melihat sendiri amalan terbaik yang dipraktikkan di kampus masing-masing.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama