27 September 2022 (Selasa) - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menghantar satu (1) pasukan yang diketuai oleh Ts. Hj Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan), Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Faizal bin Sawardi Lukman (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) bagi menyertai pertandingan National Invention, Innovation, Design & Research (NIIDR 2022) sempena Seminar Literasi Media dan Maklumat Kebangsaan 2022 anjuran Fakulti Pengajian Maklumat bersama Perpustakaan Negara Malaysia yang diadakan di Hotel UiTM, Shah Alam.


      

Pasukan inovasi PTAR ini telah membentangkan Sistem My Knowledge Management (MyKM) - Personalized Education. MyKM merupakan sistem yang dibangunkan bagi memudahkan pengguna perpustakaan mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang pengajian masing-masing. Konsep personalized penting dan menjadi keperluan masa hadapan. Di samping itu, kemudahan lain seperti semakan maklumat penulisan dari Google Scholar, Scopus dan Web of Science serta pembayaran denda melalui UiTM Pay juga boleh diakses melalui MyKM.

Alhamdulillah berkat kerjasama semua yang terlibat terutama yang melibatkan proses integrasi, sistem MyKM ini telah dianugerahkan EMAS bagi kategori Professional. 

Syukur dan Tahniah!

#teaminovasikental

#uitm

#uitmdihatiku

#libraryforall

 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama