Alhamdulillah, selesai sudah program 2 hari (17-18 Oktober 2022) PTAR di Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam bagi program Hari Bertemu Pelanggan Persatuan/Kelab Pelajar UiTM Shah Alam anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

    

Pada hari kedua ini, PTAR telah mempromosikan salah satu kemudahan yang ada di PTAR iaitu Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR). AR adalah menambah persekitaran anda dengan elemen digital pada paparan langsung dan VR pula ialah pengalaman sepenuhnya yang menggantikan persekitaran kehidupan sebenar dengan simulasi.

Turut hadir adalah Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili bin Shahibi, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba teknologi ini. Para pelajar juga teruja mencuba kemudahan ini dan ia akan menjadi salah satu tarikan pelajar ke perpustakaan. Selain itu, PTAR juga rancak mempromosikan MobileApp@PTAR kepada pelajar bagi memudahkan mereka melayari secara atas talian.


PTAR ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar kerana sudi memberi peluang dan ruang untuk PTAR dalam menyebarluas perkhidmatan dan kemudahan terus kepada pelajar. Diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya pelajar dapat mengetahui maklumat terkini mengenai perpustakaan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama