6 Oktober 2022 (Khamis) - Di sebelah petang, Ketua Pustakawan UiTM bersama-sama Puan Nor Azwani binti Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi, Pustakawan Kanan meneruskan lawatan kerja ke PTAR Kampus Jasin.

Mereka disambut baik oleh staf perpustakaan dan juga Ketua Perpustakaan Cawangan Melaka, Puan Noor Hayati binti Abu Kassim. Lawatan kerja ini dimulakan dengan tayangan montaj PTAR Kampus Jasin dan ucapan alu-aluan serta pembentangan aktiviti perpustakaan yang disampaikan oleh Encik Ahmad Nazri bin Jaafar, Pustakawan Kanan.

Sesi soal jawab bersama staf juga diadakan dalam suasana santai. Sesi ini, Ketua Pustakawan UiTM membuka peluang kepada staf untuk bertanya, memberikan pandangan, cadangan atau isu-isu yang dihadapi oleh staf. Dalam sesi ini, beliau ada memaklumkan pentingnya membina jalinan kerjasama, terutama dengan rektor cawangan masing-masing dalam mewujudkan hubungan yang baik diantara pihak pengurusan dan perpustakaan.

  

  

Akhir sekali, mereka dibawa melawat persekitaran perpustakaan yang mempunyai 3 aras dan tidak lengkap sekiranya tiada sesi bergambar bersama staf sebagai kenangan.


Selepas lawatan ini, maka lengkaplah lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR Cawangan Melaka bagi ketiga-tiga kampus. Diharap dengan lawatan ini, staf perpustakaan akan lebih bersemangat dan melakukan yang terbaik bagi meningkatkan prestasi perpustakaan terutama dalam penyampaian perkhidmatan kepada warga kampus.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama