6 Oktober 2022 (Khamis), Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka bagi meneruskan lawatan kerja beliau di sana dengan diringi oleh Puan Nor Azwani binti Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi, Pustakawan Kanan.

Ketibaan mereka disambut baik oleh staf perpustakaan serta Ketua Perpustakaan Cawangan, Puan Noor Hayati binti Abu Kassim. Di PTAR Kampus Bandaraya Melaka ini, beliau tertarik dengan inisiatif "Little Free Library" yang diletakkan di luar perpustakaan, dimana buku-buku tersebut boleh diambil secara percuma. Kami sempat bergambar di hadapan "Little Free library" sebagai kenangan.

Lawatan ini diteruskan dengan tayangan montaj PTAR Kampus Bandaraya Melaka dan ucapan alu-aluan dari Puan Siti Haidah binti Md Aziz, Pustakawan Kanan serta pembentangan pencapaian aktiviti perpustakaan.

Dalam lawatan ini juga, sesi soal jawab bersama staf diadakan bagi mendengar secara bersemuka cadangan, pendapat atau permasalahan yang dihadapi oleh staf di sana. Alhamdulillah, banyak perkara yang telah dapat dikongsi bersama demi menambahbaik perkhidmatan perpustakaan pada masa akan datang seiring dengan Globally Renowned University 2025.



Selesai sesi bersama staf, mereka dibawa melawat persekitaran perpustakaan dan bergambar sebagai kenangan. Dengan adanya lawatan kerja seperti ini, Ketua Pustakawan UiTM dapat melihat sendiri amalan terbaik yang dipraktikkan di kampus masing-masing.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama