Pada 7 November 2022 (Isnin), PTAR telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Petaling Jaya. Kunjungan ini telah diketuai oleh Ts Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan) dan team Bahagian Korporat dan Kolaborasi PTAR :

1. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan)
2. Puan Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan Kanan)
3. Encik Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi)
Kunjungan mereka ke sana telah disambut baik oleh Pengarah Negeri PERKESO Selangor, Encik Zainol bin Abu dan turut dihadiri oleh :
1. Encik Kamarulail bin Omardin (Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Selangor - Penguatkuasaan)
2. Encik Hisham bin Abdul Rahman (Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Selangor (SIP))
3. Encik Mohammed Syaadad bin Marop (Ketua Negeri Perkhidmatan Pekerjaan (SIP))
4. Encik Mohd Sazuan bin Abdul Hadi (Pegawai Strategik Korporat, PERKESO)


Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan bagi mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik diantara PTAR dan PERKESO. PTAR berhasrat untuk mengadakan usahasama program-program yang bersesuaian terutama yang dapat membuka ruang dan peluang kerjaya kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA, (UiTM). Melalui program-program seperti ini, PERKESO akan dapat mendekati komuniti dalam memberikan maklumat dan informasi terkini mengenai PERKESO.
Pihak PTAR berharap agar dengan kunjungan hormat ini, PTAR dan PERKESO dapat menjalinkan hubungan strategik yang baik untuk masa akan datang dengan mengadakan lebih banyak lagi program-program yang memberi impak kepada UiTM dan PERKESO.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama