9 November 2022 (Rabu) bertempat di Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam telah berlangsungnya Simposium Kemerlangan Operasi - Mengimbangi Operasi dan Inovasi anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) yang merupakan acara tahunan.


Pada sebelah pagi, program ini telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM. Pada simposium kali ini, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan) telah dijemput sebagai penceramah bagi berkongsi mengenai strategi pelaksanaan di PTJ.




Turut hadir adalah Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman yang bersama-sama meluangkan masa mengikuti program ini.

Tuan/puan boleh mengikut rakaman program ini di Youtube InQKA UiTM : https://youtu.be/EwhUxcZSdck

Be the best for the visibility of PTAR!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama