Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbesar hati untuk menguar-uarkan satu lagi program bicara iaitu Bicara Alumni yang akan diadakan pada 9 Disember 2022 (Jumaat) ini bertempat di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam.

Program ini adalah anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam bersama Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM. Program ini bertujuan untuk mendengar perkongsian dari alumni-alumni UiTM yang akan memberikan inspirasi dan dorongan kepada warga UiTM.
Siri pertama Bicara Alumni : Sembang Santai Alma Mater kali ini, kami menjemput seorang tetamu khas iaitu Encik Kashfi Zulkufli yang merupakan Pengarah Kashfi Zulkufli Holdings Sdn. Bhd., merangkap usahawan dan juga pereka fesyen tersohor tanah air. Perkongsian beliau bertemakan ‘Satu Hati, Satu Inspirasi’, yang mana beliau memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar UiTM supaya mempunyai strategi untuk berjaya dalam industri ini pada masa hadapan.
Moderator bagi sesi pertama ini ialah Pengarah Pusat Jaringan Alumni (ANC), YBhg. Profesor Madya Datin Sri Dr. Nazura Mohamed Sayuti. Turut hadir adalah pelajar-pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK).

Post a Comment

Terbaru Lebih lama