29 November 2022 (Selasa), lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah disambut meriah oleh seluruh staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan yang terletak di Machang. Turut mengiringi beliau adalah Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan.



Taklimat perpustakaan berkaitan pengurusan perpustakaan, pencapaian dan program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2022 telah disampaikan oleh Puan Alina binti Hussein, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTM Kelantan.
Lawatan kerja Ketua Pustakawan dilengkapkan lagi dengan kunjungan hormat kepada Profesor Dr. Hj. Abdol Samad bin Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan dengan berkongsi pencapaian penggunaan sumber elektronik serta lain-lain perkara yang menjadi keutamaan perpustakaan. Maklum balas daripada rektor terhadap pencapaian Perpustakaan Tengku Anis amat memberangsangkan melalui kunjungan pelajar yang melebihi sasaran, aktif dalam pelaksanaan pelbagai program dan pencapaian dalam penglibatan di peringkat cawangan. Secara keseluruhan perpustakaan di mata rektor merupakan jabatan yang terbaik.



Ketua Pustakawan UiTM turut menyampaikan taklimat kepada staf perpustakaan dengan menekankan aspek saling bekerjasama, ambil tahu dan memainkan peranan untuk ketampakan perpustakaan dan UiTM kearah Globally Renowned Universiti. Disamping itu, beliau turut mengingatkan peranan setiap staf dalam agenda Globally Marketable 2023.


Pada sebelah petangnya, lawatan Ketua Pustakawan diteruskan lagi ke Perpustakaan Tengku Anis Kampus Lembah Sireh, Kota Bharu. Taklimat pengurusan Perpustakaan telah disampaikan oleh Puan Rosmariyati binti Ab Rahman, Pustakawan Kanan. Ketua Pustakawan turut diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz teka berat buku kepada staf dan pelajar di UiTM Kampus Lembah Sireh, Kota Bharu.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan yang telah menunjukkan komitmen yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan untuk warga kampus.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama