Pada 13 Disember 2022 (Selasa), PTAR telah menerima lawatan dari Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Klang seramai 50 orang yang diiringi oleh wakil Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) iaitu Dr. Fatin Nabilah Abdul Wahid dan Encik Muhammad Najib Abd Wakil.



Anak-anak ini telah dibawa melawat dan melihat kemudahan perpustakaan yang disediakan di setiap aras perpustakaan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) yang telah memberikan taklimat dan menguruskan sesi lawatan ini.




Kemudian anak-anak ini juga telah dibawa melawat ke Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) dan sesi taklimat disana telah diuruskan oleh Puan Roszainatul Haizan Rusuli.

Diharap dengan lawatan ini, anak-anak ini dapat didedahkan dengan keperluan dan maklumat terkini mengenai perkhidmatan perpustakaan.
Terima kasih Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Klang diatas lawatan ini.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama