Pada 6 Januari 2023 (Jumaat), lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM diteruskan ke PTAR Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman turut diiringi oleh Dr. Hjh. Zalifah binti Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan dan Dr. Hjh. Adlina binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan.
Ucapan aluan telah disempurnakan oleh Puan Hayati Mokhtaram dan seterusnya sesi bersama Ketua Pustakawan UiTM bersama staf perpustakaan. Dalam sesi ini, Ketua Pustakawan UiTM menerangkan mengenai peranan PTAR ke arah Globally Renowned University (GRU2025) dan ke arah menjadikan PTAR sebagai perpustakaan terkemuka di dunia. Selain itu, sesi soal jawab bersama staf perpustakaan juga diadakan dengan mengambilkira pandangan, cadangan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan.
Diharap dengan lawatan kerja ini, PTAR Kampus Permatang Pauh mendapat gambaran yang lebih jelas dan membuat perancangan serta pelaksanaan yang perlu dilakukan menjelang 2025.
Catat Ulasan