Academic Librarian Seminar UiTM (ACALIS) 2023: Vitalising Library Roles as Part of University Future telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bermula pada 26-28 Februari 2023 bertempat di Institut Kepimpinan & Pembangunan UiTM, Bandar Enstek. Seramai 156 orang peserta telah menghadiri ACALIS 2023 dari seluruh perpustakaan cawangan UiTM.




Seminar yang melibatkan pembentangan sebanyak 15 kertas kerja penyelidikan/konsep dan kertas inovasi ini adalah berkaitan dengan bidang perpustakaan dan pengkhususan kepada perpustakaan akademik. Objektif seminar ini adalah untuk menggalakkan penulisan kertas penyelidikan/konsep dan kertas inovasi serta perkongsian maklumat antara pustakawan; menerbitkan penulisan pustakawan UiTM dalam e-proceeding Academic Librarian Seminar dan menyokong hasrat pengurusan kearah “1 staf, 1 penerbitan.” Pembentangan ini merangkumi seluruh perpustakaan cawangan UiTM yang terdiri daripada pustakawan dan pensyarah UiTM.

Ucaptama ACALIS ini telah disampaikan oleh Dr. Nor Edzan binti Che Nasir (Secretary, IFLA Asia Ocean Regional Division Committee and Member, IFLA Information Literacy Section) yang bertajuk “Revitalising the Library’s Roles as Part of the University’s Future”. Kemudian, diikuti dengan pembentang jemputan iaitu Encik Azim bin Rashdi (Digital Transformation Strategist-Malaysia Airports) yang bertajuk “Disruptive Technologies: How to Stay Relevant”.

Pengerusi ACALIS : Encik Syaiful Hisham Saleh

Ketua Pustakawan UiTM : Encik Jamalludin Hj. Sulaiman


Majlis perasmian ACALIS 2023 ini telah disempurnakan oleh Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM dan beliau juga turut menyempurnakan pelancaran Mobile Apps@UiTM Library.
Pada sebelah malam, 27 Februari 2023 telah diadakan Malam Apresiasi Pustakawan UiTM, dimana terdapat beberapa anugerah telah disampaikan kepada para pustakawan mengikut kategori anugerah masing-masing.
ACALIS 2023 diteruskan pada hari terakhir, 28 Februari 2023 dengan pembentangan kertas kerja dan akhir sekali Ucapan Resolusi, yang telah disampaikan oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan. Sebanyak 21 resolusi telah berjaya dihasilkan melalui pocket meeting yang telah diadakan.


Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa ACALIS 2023 yang telah bertungkus lumus menjayakan seminar ini. Diharap dengan adanya seminar seperti ini, ia menjadi satu semangat dalam menggalakkan penulisan terutamanya dikalangan pustakawan dan pegawai arkib.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama