PTAR amat berbesar hati kerana dapat mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB), YBhg. Dato' Dr. Mohamed Ghazali bin Dato' Mohamed Yusoff di pejabat beliau, Nusantara Technologies Sdn Bhd - Nusatek yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor pada 20 Julai 2023.




Terima kasih diatas layanan dan sambutan Dato' kepada PTAR yang dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan), Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi).

Kunjungan hormat ini diadakan bagi menjalin hubungan kerjasama di antara PTAR dan ADAB. Antara perbincangan yang dibincangkan adalah mengenai pengwujudan ruang Koleksi Dato' Mohamed Yusoff serta mewujudkan koleksi manuskrip Melayu. Selain itu, perbincangan mengenai kerjasama bagi mengadakan International Conference Malay-Polynesia 2024 turut dibincangkan.
Semoga segala yang dirancang, dapat direalisasikan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama