PTAR berbesar hati telah menerima pelawat dari University of Oradea, Romania yang akan menjalani program mobiliti melalui geran Erasmus+ Program KA171 - Staff Mobility for Training Higher Education di Fakulti Sains Gunaan, UiTM pada 14 Julai 2023.



Mereka terdiri daripada :
- Prof. Univ. Dr. Habil Constantin Bungău, Rector, University of Oradea, Romania
- Prof. Dr. Simona Bungău
- Dr. Amalia Sturza
Delegasi ini diiringi oleh Ts. Dr. Nor Dalila Nor Affandi (Coordinator, Industry, Community and Alumni Network (ICAN)), Fakulti Sains Gunaan, UiTM.





Delegasi ini telah disambut oleh Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan – Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan), Puan Azura binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan), Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan Puan Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan Kanan).




Mereka telah dibawa melawat ruang perpustakan di setiap aras untuk melihat koleksi, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna Perpustakaan. Mereka juga sempat berbual dengan para pelajar yang berada di dalam Perpustakaan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama