Kunjungan hormat PTAR telah disambut dengan baik oleh Puan Zarina Mahusin (Timbalan Pengurus Yayasan Restu) yang bertempat di Kompleks Seni Islam Antarabangsa, Shah Alam, Selangor. Kunjungan ini diketuai oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) pada 14 Julai 2023.



Turut hadir bersama adalah Puan Asmah Sabtu (Pustakawan Kanan), Puan Noor Azureen Abd Aziz (Pembantu Penerbitan) dan Encik Muhammad Hazhar Abd Aziz (Pembantu Pustakawan) serta Encik Muhammad Fikree Rahmat (Jurufoto) bagi melihat dengan lebih dekat koleksi manuskrip al-Quran yang amat bernilai ini.




Kunjungan PTAR ini juga bertujuan untuk menjalin kerjasama erat antara organisasi luar UiTM dalam aspek bahan manuskrip Al-Quran. Semoga kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih Yayasan Restu diatas kesudian menerima kunjungan dari PTAR.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama