17 April 2024 | 8 Syawal 1445H


Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Pocket Talks (Siri 2) dan Bengkel e-TUIS yang diadakan di ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam dan disiarkan secara langsung di platform Youtube dan Facebook Rasmi Perpustakaan UiTM.

Hampir 100 orang tetamu telah hadir bagi majlis perasmian ini yang terdiri daripada tetamu-tetamu kehormat dan kesatuan-kesatuan sekerja dari seluruh Malaysia.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab dengan disaksikan oleh Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Azzal bin Haji Abu Talib dan Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan. Sesi Perkongsian 3K juga diadakan sejurus selepas majlis perasmian yang telah disampaikan oleh Prof. Emerita Dr. Durrishah binti Idrus (Ketua Eksekutif Kolej Institut Jantung Negara (IJN College)).

Program yang berlangsung selama 2 hari ini turut menganjurkan Bengkel e-TUIS (Electronic Trade Union System) yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai satu medium atas talian bagi memproses pendaftaran kesatuan sekerja, pindaan maklumat kesatuan, penukaran ahli jawatankuasa, pemantauan kewangan kesatuan dan penjadualan aktiviti.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan (JHEKS) yang telah memilih PTAR sebagai tempat dan rakan kolaborasi untuk 3 tahun berturut-turut. Diharap jalinan kolaborasi ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.



Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab






Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Azzal bin Haji Abu Talib dan Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan










Post a Comment

Terbaru Lebih lama