22 April 2024 | 13 Syawal 1445H

Selepas selesai majlis perasmian bagi Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin, diiringi oleh Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan dan Presiden MITASA, Encik Saharuddin bin Lin bersama-sama melawat Galeri PTAR untuk melihat pameran Sejarah Penubuhan 39 Perpustakaan UiTM.

Selain mempamerkan sejarah penubuhan 39 perpustakaan UiTM, PTAR juga telah meletakkan peralatan pra-pendigitalan perpustakaan seperti kad katalog perpustakaan, wooden filing cabinet, microfiche, mesin taip jawi dan replika Masjid Kg. Laut, Kelantan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin diatas kesudian merasmikan pameran tersebut. PTAR amat berbesar hati dengan kehadiran Naib Canselor UiTM ke Galeri PTAR.

Pameran ini dibuka kepada warga UiTM yang berminat untuk melihat pameran Sejarah Penubuhan 39 Perpustakaan UiTM bertempat di Galeri PTAR, berhadapan dengan pintu masuk utama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

















Post a Comment

Terbaru Lebih lama