22 April 2024 | 13 Syawal 1445H
Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja
Satu program anjuran bersama Kesatuan Kakitangan Universiti Teknologi MARA (MITASA) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya diadakan bertempat di ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Shah Alam.
Hampir 80 orang tetamu telah menghadiri program ini yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin. Program dimulakan dengan ucapan aluan dari Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, dan diikuti oleh ucapan dari Presiden MITASA iaitu Encik Saharuddin bin Lin.
Selepas selesai gimik dan montaj perasmian yang telah disempurnakan oleh Datuk Naib Canselor UiTM, program seterusnya adalah Sesi Taklimat Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Ghazali bin Matsuri (Pengarah Program). Program ini diakhiri dengan penyerahan cenderamata dan sesi bergambar serta lawatan ke Galeri PTAR.
PTAR mengucapkan ribuan terima kasih di atas jalinan kolaborasi antara MITASA dan PTAR. Diharap kerjasama seperti dapat diteruskan di masa akan datang.
Bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar Mohammed Sabri |
Presiden MITASA, Encik Saharuddin bin Lin |
Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pengacara Majlis) |
Dr. Muhammad Ghazali bin Matsuri (Pengarah Program) |
Catat Ulasan