1 Ogos 2024 | 26 Muharram 1446H

Selesai pembentangan 4 orang pelajar latihan industri pagi tadi yang menyaksikan saudari Mashitah Binti Syed Zainal dan saudari Inda Rasyidah Binti Nazrul Azra dari Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik serta saudara Mohamad Adib Afham Mohd Khaidir dan saudara Nor Adeeb Ayman Nor Yadi dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik berkongsi pengalaman menjalani latihan industri selama 6 bulan di Perpustakaan Tun Abdul Razak. 

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah moderator-moderator dalam kalangan Pustakawan yang memberikan maklumbalas dan penambahbaikan untuk membantu pelajar mendapatkan gambaran jelas terhadap penglibatan mereka sepanjang tempoh menjalani latihan industri. 

Insya-Allah, perpustakaan telah memberikan usaha yang terbaik untuk pembangunan awal kerjaya mereka dan pastinya kenangan yang berharga dalam memori mereka.

Maklumat lanjut berkenaan Latihan Industri di Perpustakaan Tun Abdul Razak : https://library.uitm.edu.my/en/discover/internship-opportunities 

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#latihanindustri







Post a Comment

Terbaru Lebih lama