1 Ogos 2024 | 26 Muharram 1446H

Alhamdullillah, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan menyantuni YBhg. Profesor Datuk Emeritus Dr Hassan Said melihat koleksi Jawi, kitab-kitab masyhur alam Melayu dan Repositori Persuratan Jawi di Koleksi Khas Jawi petang tadi. Beliau hadir ke rumah ilmu ini sejurus tamat program Siri Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa: Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA di Galeri Tun Abdul Razak yang dimudahcara oleh Profesor Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) dan Prof. Ts. Dr. Azlina Idris, Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Kolej Pengajian Kejuruteraan. Turut hadir sama dalam program anjuran IMPAK dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak adalah Profesor Dr. Firdaus Abdullah, Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Syukur untuk rezeki hari ini bertemu dengan insan-insan hebat yang meneraju UiTM. #uitmdihatiku #UiTM25Tahun #MalaysiaMadani #perpustakaanuitm #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa









Post a Comment

Terbaru Lebih lama