11 Jamadilawal 1446H | 13 November 2024

Alhamdullilah, sidang pertama berlangsung dengan lancar pagi tadi menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-7 pada hari ini. Seterusnya, Ketua Pustakawan turut menghadiri Sesi Ramah Mesra dan Fotografi Alumni Jemputan bersama Naib Canselor anjuran Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM. Dalam sesi tersebut, Naib Canselor menyerahkan satu naskhah kaligrafi daripada alumni saudara Shah Tumin untuk ditempatkan di Koleksi Khas Jawi, Perpustakaan Tun Abdul Razak. Tahniah para graduan, ibu bapa, keluarga, barisan tenaga akademik dan pentadbir UiTM sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 yang akan berlangsung bermula pada 13 November hingga 12 Disember 2024.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama