10 Jamadilawal 1446H | 12 November 2024

๐ผ'๐‘š ๐‘ก๐‘œ๐‘ข๐‘โ„Ž๐‘’๐‘‘, ๐‘ฆ๐‘œ๐‘ข ๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘”๐‘’๐‘‘ ๐‘ก๐‘œ ๐‘Ÿ๐‘’๐‘ก๐‘Ÿ๐‘–๐‘’๐‘ฃ๐‘’ ๐‘–๐‘ก ! ujar YBhg. Tan Sri ulang kali saat melihat fail peribadi beliau pada tahun 1976 yang mengandungi dokumen surat tawaran ITM, Borang Tamat Pengajian dan Borang Permohonan Asrama. Alhamdullilah, semua dokumen masih dalam keadaan baik dan terpelihara.

Momen tersebut dirakamkan usai selesai raptai Istiadat Konvokesyen UiTM ke -100 lewat petang tadi. Fail peribadi YBhg. Tan Sri dalam simpanan Bahagian Arkib Universiti diserahkan oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam disaksikan bersama Ketua Pustakawan, Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin, Pendaftar UiTM.

Dokumen terakhir di dalam fail tersebut yang membuatkan YBhg. Tan Sri terharu adalah permohonan pengurangan bayaran asrama oleh kerana tidak mampu membayarnya pada masa itu. Bukan semuanya mudah dan indah ujarnya.

Terima kasih Bahagian Arkib Universiti yang bertanggungjawab memastikan dokumen penting ini kembali menemui pemiliknya pada hari ini.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#recordsmanagement #itm












Post a Comment

Terbaru Lebih lama