30 Jamadilawal 1446 | 2 Disember 2024


Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sesi 2024/2025 mengunjungi Ketua Pustakawan, tengah hari tadi di rumah ilmu diketuai oleh Saudara Muhammad Haziq bin Sabri (Yang DiPertua) bersama 12 orang ahli terdiri dari Majlis Tertinggi dan Exco Jawatankuasa yang lain.

Ketua Pustakawan terlebih dahulu mengucapkan tahniah ke atas pelantikan barisan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2024/2025 dan berkongsi pencapaian terbaik kolaborasi pada tahun ini bersama mantan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 yang lalu. Mantan sesi 2023/2024 yang diterajui oleh saudara Amir Nur Rashid Lizam telah meletakkan pencapaian kolaborasi yang terbaik bersama PTAR. Oleh itu, legasi yang cemerlang ini diharapkan akan diteruskan oleh lantikan yang baharu ini.

Turut diketengahkan adalah Sukarelawan Perpustakaan serta Pembudayaan Ilmu yang menjadi strategi utama siri kolaborasi kali ini. Perkara ini akan diberi keutamaan dan perpustakaan sedia menyokong apa jua program yang akan memberi impak serta nilai kepada warga universiti khususnya kepada mahasiswa.

Saudara Haziq memberi jaminan, pembudayaan ilmu dalam kalangan mahasiswa akan diberi penekanan untuk menyediakan generasi yang intelektual.

Semoga dengan izin-Nya, sesi kunjungan hormat ini peroleh keberkatan dan dipandu oleh hikmah dan kebijaksanaan.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa














Post a Comment

Terbaru Lebih lama