30 Jamadilawal 1446 | 2 Disember 2024


Alhamdullilah, Ketua Pustakawan berkesempatan memberi perkongsian ilmu bersama barisan pelaksana seramai 41 orang di Shah Alam sebentar tadi berkenaan perubahan yang akan berlaku dalam perkhidmatan perpustakaan. Pastinya merupakan perubahan yang memberi impak positif kepada universiti.

1.0 Warga Perpustakaan juga perlu bersedia dengan penggunaan DDMS 2.0 dengan memastikan pemahaman menyeluruh tentang pengurusan rekod yang lebih sistematik di peringkat jabatan dan universiti melalui sistem DDMS 2.0, sejajar dengan keperluan pentadbiran digital terkini.

2.0 Budaya KSA (Knowledge, Skills, Attitude) dan Bakat Pelaksana yang memfokuskan kepada pembangunan bakat pelaksana dengan memperkukuh KSA untuk menghadapi cabaran semasa dan selari dengan hala tuju strategik UiTM 2030.

3.0 Kembali kepada kekuatan perkhidmatan sebagai Barisan Hadapan. Mengukuhkan peranan perpustakaan sebagai frontliner dalam komuniti masing-masing dengan memastikan perpustakaan bersedia menghadapi keperluan komuniti secara proaktif.

4.0 Persediaan staf dengan kemahiran yang relevan untuk mendepani penggunaan AI, khususnya dalam pembangunan kandungan digital menjelang tahun 2025.

Persediaan ini adalah bagi meningkatkan kecekapan operasi perpustakaan dan memastikan perkhidmatan yang disediakan memenuhi keperluan pengguna dengan lebih baik. Dengan pelaksanaan strategi yang lebih teratur dan efektif, diharapkan perpustakaan dapat menjadi pusat penjanaan ilmu yang mesra pengguna, inovatif, dan relevan dalam era digital ini.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#pembudayaanilmumembentukadiwangsa











Post a Comment

Terbaru Lebih lama