𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 : Tan Sri Dr. Muhammad Ghazali Shafie merupakan Pengerusi Majlis Institut Teknologi MARA yang pertama dilantik dan diberi kuasa autonomi dalam urusan pentadbirannya pada tahun 1970. Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 22 Mac 1922. Mula mendapat pendidikan awal di Malay School dan Government English School di Raub dan Kuala Lipis, Pahang. Pendidikan tertinggi beliau adalah Ijazah Pengajian Antarabangsa di London School of Economics, Institute of Commonwealth Studies pada tahun 1954.
𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 : Dato’ Dr. Mansor bin Othman dilahirkan di Kampung Sawah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 12 Januari 1924. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Tuanku Mohamed di Kuala Pilah. Pada tahun 1953, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Universiti Malaya, Singapura. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan sejak tahun 1969 hingga 1978 sewaktu dilantik menjadi Timbalan dan Pengerusi Majlis ITM.
𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 : Tan Sri Dato’ Sallehuddin Mohamed dilahirkan pada 23 September 1932 di Kampung Dong, Raub, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya di Singapura pada tahun 1959. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan, Lembaga Kemajuan Luar Bandar dan Industri (RIDA) pada 7 Ogos 1959 dan Ibu Pejabat RISDA.
𝐊𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : Dato' Dr. Haji Ani Arope dilahirkan pada 17 Mei 1932 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang. Beliau berkelulusan M.Sc. (Agronomy & Production Economics), University of Vermont, USA pada tahun 1966.
𝐊𝐞𝐥𝐢𝐦𝐚 : Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad dilahirkan pada 27 November 1936 Kampung Pinang, Masjid Tanah, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Masjid Tanah dan pengajian menengah di Malacca High School pada tahun 1956. Sejak di bangku sekolah lagi beliau menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik sehingga berjaya terpilih sebagai pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke University of Malaya, Singapura dan dianugerahkan Ijazah B.A (Hons) pada tahun 1960.
#uitmdihatiku #MalaysiaMadani #UiTM25Tahun #perpustakaanuitm #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #uitm #itm #memorikorporatuitm
Catat Ulasan