Dengan rasa penuh syukur, warga Perpustakaan Tun Abdul Razak dan UiTM merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas sumbangan ikhlas sebanyak RM20,000.00 untuk pembangunan Koleksi Khas Jawi UiTM.
Koleksi Khas Jawi merupakan warisan budaya yang bernilai dan berperanan dalam memartabatkan khazanah bangsa, khususnya dalam kalangan generasi muda. Dengan sokongan ini, PTAR dapat memperluaskan akses kepada sumber pengetahuan yang penting, sekaligus menyumbang kepada kemajuan akademik dan penyelidikan di UiTM.
Kami sangat menghargai komitmen dan sokongan berterusan daripada SSM kerana sumbangan ini bukan sahaja mempercepatkan pembangunan koleksi khas Jawi, malah memberi inspirasi kepada lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat dan memperkasakan budaya akademik di UiTM dan negara.
Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada pihak SSM. Semoga kerjasama ini berterusan dan memberi nilai dan makna kepada warga UiTM serta komuniti.
Catat Ulasan