16 Januari 2025 | 16 Rejab 1446H
Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Alhamdullilah, Perpustakaan Tun Abdul Razak menerima Dana Tanggungjawab Sosial Korporat untuk Pembangunan Koleksi Jawi, Perpustakaan Tun Abdul Razak bernilai RM 20,000 sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Majlis Perasmian Penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh YB Menteri Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup pagi tadi.

Rezeki sumbangan ini digunakan untuk menyediakan peralatan yang lebih sesuai untuk mempamerkan koleksi naskhah berharga terutama Jawi lama. Selain dalam bentuk fizikal, usaha Perpustakaan untuk memartabatkan Koleksi Jawi juga disediakan dalam bentuk digital untuk capaian lebih ramai kepada komuniti.

Terdahulu pada tahun 2024, kami bermula dengan menerima sokongan pelbagai pihak untuk menjayakan pembangunan Koleksi Jawi ini dalam bentuk sumbangan naskhah oleh warga UiTM, alumni dan juga individu luar yang berminat dengan usaha ini. Lebih manis, usaha ini mulai mendapat tempat di hati ramai insan.

InsyaAllah, kami akan berusaha lebih lagi untuk menyediakan rumah ilmu ini dengan koleksi Jawi yang berharga. Semuanya untuk dirujuk generasi kini dan akan datang tentang nilai dan makna budaya kita.

#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#jawi
#budaya
#tulisanjawi














Post a Comment

Terbaru Lebih lama