4 - 5 Februari 2025 | 5 - 6 Syaaban 1446H
Inisiatif ini memberi tumpuan kepada 27 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bagi memastikan kesediaan dan kefahaman yang jelas terhadap pengurusan rekod bibliografik secara efektif dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Bengkel ini diketuai barisan Pustakawan selaku penceramah dari Bahagian Sumber Rujukan Universiti iaitu Puan Aznur Umiza Abu Kassim, Puan Jaz Norfazuna Jaafar dan Puan Masnida Hanim Che Mahmood.
Kepakaran Pustakawan berpengalaman dalam sesi pemindahan ilmu ini adalah dengan menyediakan bimbingan strategik dan komprehensif bagi penetapan serta pemurnian rekod bibliografik yang mematuhi piawaian antarabangsa.
Hasrat ini akan memberi penyeragaman dalam aspek menganalisa, menyelaras dan mendapatkan penyelesaian efektif terhadap isu bibliografik dengan mengumpulkan input serta menerapkan kaedah penyelesaian terbaik.
Semoga bengkel ini akan memberi nilai yang terbaik dalam menghasilkan staf Perpustakaan sebagai pakar rujuk dalam rekod bibliografik yang terbaik dan berkualiti.
#uitmdihatiku
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#bibliografik
#cataloguing
Catat Ulasan