𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞 𝟐𝟏 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞 𝐄𝐯𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭
Petikan Risalah Sambutan Ulang Tahun Pertama Kejayaan Pendakian Gunung Everest, 2005.
16 Mei 2004, jam 10:50 pagi – Detik Bersejarah yang Tidak Akan Dilupakan.
Pada saat itulah, dua anak muda UiTM, saudara Ahmad Reduan Rozali dan saudara Muhammad Muqhrabbin Mokhtaruddin, mencipta sejarah yang membanggakan sekali gus rakyat Malaysia termuda yang menawan Puncak Everest, pada ketinggian 8,850 meter.
Dengan semangat waja, ketahanan fizikal dan jiwa yang kental, mereka membuktikan bahawa impian setinggi gunung boleh digapai – asal ada tekad, usaha, dan sokongan yang padu. Ia juga simbol kepada keberanian, kegigihan, dan kehebatan anak bangsa.
Pameran berkenaan Demi Negara ke Everest boleh dikunjungi di Galeri Tun Abdul Razak untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama