
Tema: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
Hari ini kita meraikan insan istimewa yang menjadi suluh ilmu, penyemai akhlak, dan pemacu perubahan dalam sistem pendidikan – GURU.
"Guru adalah orang yang menyempurnakan manusia dan membawanya menuju kesempurnaan yang sesuai dengan fitrahnya."
Rasulullah SAW sendiri adalah contoh pendidik agung – membimbing bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan kasih sayang dan hikmah.
Sebagai pemacu reformasi pendidikan, guru hari ini bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk nilai, menggilap potensi, dan memimpin perubahan ke arah pendidikan yang lebih holistik dan berteraskan ihsan.

Terima kasih, cikgu. Jasamu kekal terpahat dalam hati dan sejarah bangsa.
Catat Ulasan