30 Jun 2025 | 4 Muharram 1447H
Bahagian Arkib Universiti diketuai Puan Azura Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan mengunjungi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk satu Sesi Libat Urus yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam pemeliharaan rekod dan warisan sejarah akademik fakulti yang terawal di ITM ini.
Melalui sesi ini juga, FKM serius dalam usaha memastikan dokumen dan rekod bernilai tinggi khususnya yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan dapat diurus secara sistematik, dilestarikan dan dimanfaatkan untuk generasi akan datang. Sesi ini dihadiri Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Azli Abd Razak, Dekan dan barisan pengurusan FKM.
Dr. Azli turut menyerahkan maklumat penting berkaitan Kajian Kejuruteraan pada tahun 1967 untuk diabadikan di Memori UiTM dan turut menjanjikan untuk menyerahkan satu bahan nostalgia koleksi peribadi beliau semasa bergelar penuntut ITM.
Baca lanjut di Facebook Bahagian Arkib Universiti : https://www.facebook.com/share/p/1JmbhoHge9/
Catat Ulasan