13 Jun 2025 | 16 Zulhijjah 1446H

Perpustakaan dan Khazanah Jawi: Usaha Memartabatkan Warisan Bangsa

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM terus komited dalam memperkasa warisan ilmu dan budaya bangsa menerusi pembangunan Koleksi Khas Jawi. Terbaharu, PTAR menerima sumbangan berharga sebanyak empat naskhah koleksi Jawi daripada Saudara Muhammad Sufian Abdul Manan, Penolong Pendaftar Kanan, Penerbit UiTM. Naskhah yang disumbangkan adalah:

1. Petua-Petua Zaman Pusaka Nenek Moyang Melayu

2. Ilmu Tapak Tangan

3. Hikayat Hang Tuah

4. Dendang P. Ramlee

Penyerahan koleksi ini telah diterima secara rasmi oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) PTAR.

Peranan pustakawan tidak terhenti sekadar menyusun bahan di rak. Di sebalik pembangunan Koleksi Khas Jawi ini, para pustakawan berperanan penting dalam:

🔹 Mengenal pasti, memelihara dan mendokumentasikan bahan-bahan bernilai tinggi dalam tulisan Jawi.

🔹 Menyediakan akses digital dan fizikal agar bahan warisan ini terus relevan kepada penyelidik, pelajar dan masyarakat umum.

🔹 Menyemai minat generasi muda untuk mengenali dan menghargai tulisan Jawi serta kandungan khazanah sastera Melayu lama.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif dalam mengangkat tulisan Jawi sebagai khazanah intelektual bangsa.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama