Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan penuh kegembiraan memperkenalkan antaramuka baharu untuk PERMATA MobileApp — aplikasi pintar yang membolehkan anda mengakses sumber ilmu dari mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
Dengan kemas kini antaramuka ini, pengguna kini dapat menikmati pengalaman yang lebih lancar dan mesra pengguna. Antara kelebihan utama aplikasi ini ialah:
-
Akses kepada bahan bacaan dan koleksi eBook terkini
-
Berita rasmi UiTM dalam bentuk digital
-
Repositori institusi yang lengkap dengan penerbitan dan artikel dari Memori UiTM serta Repositori Jawi
-
Fungsi MyAccount membolehkan anda menyemak status pinjaman dan denda dengan mudah
-
Pelajar boleh sesuaikan aplikasi mengikut kursus melalui MyCourse
-
Pensyarah pula boleh pantau impak penyelidikan melalui Google Scholar, Scopus dan Web of Science
-
Fungsi ‘Add to Home Screen’ untuk akses lebih cepat tanpa perlu muat turun aplikasi berasingan
Log masuk mudah dengan akaun Google UiTM anda sahaja.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan ilmu sentiasa berada dalam genggaman anda!
Catat Ulasan