Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan penuh rasa bangga dan sukacita ingin mengumumkan kenaikan pangkat kepada Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim ke jawatan Ketua Timbalan Pustakawan Gred S14 berkuat kuasa pada 16 Julai 2025.
Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan yang sewajarnya atas dedikasi, komitmen, dan usaha keras yang telah beliau tunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatan di Perpustakaan UiTM. Puan Aznur Umiza telah membuktikan kebolehan kepimpinan serta keupayaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar demi memacu kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.
Seluruh warga Perpustakaan UiTM mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Puan Aznur Umiza terus berjaya dalam memimpin dan menyumbang kepada pembangunan ilmu serta khidmat perpustakaan di masa hadapan.
Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya!
Catat Ulasan