Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraikan kunjungan rasmi lima orang pegawai daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM) khusus mengenai pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pelaksanaan sistem Sistem Digital Document Management System (DDMS) dan Archive Management System (AMS).
Puan Azura Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan mewakil Bahagian Arkib UiTM manakala wakil LGM yang hadir adalah Puan Hazlina Razali (Ketua Unit Pentadbiran), Puan Mimi Safinaz Jamaluddin (Ketua Unit Teknologi Maklumat), Puan Nor Faezah Ismail (Pegawai Tadbir, Seksyen Perpustakaan), Puan Siti Shazwani Mohd Naziruddin (Pegawai Teknologi Maklumat) dan Puan Azlina Pa'wan (Pegawai Tadbir, Unit Pentadbiran).
Tiga orang dari LGM hari ini adalah alumni ITM dan UiTM.
Lawatan ini diharapkan dapat kerjasama dalam perkongsian ilmu antara Bahagian Arkib UiTM dan Lembaga Getah Malaysia dalam pengurusan dokumen secara digital.
Catat Ulasan