Tarikh: 03 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam

Sebagai salah satu inisiatif strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama dan memperluas jangkauan perkhidmatan perpustakaan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan sesi Meet and Greet bersama pihak pengurusan Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Shah Alam. Sesi ini merupakan satu usaha proaktif ke arah memperkukuh budaya ilmu, menggalakkan pembacaan berimpak tinggi serta meningkatkan keterlibatan fakulti dalam inisiatif perpustakaan sejajar dengan aspirasi universiti.

Program ini diketuai oleh Pengarah Perpustakaan UiTM, En. Ahamad Zuber, dengan kehadiran seramai tujuh (7) pegawai kanan PTAR. Pihak Fakulti pula diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Rozi Ahmad, Dekan FSG bersama enam (6) orang barisan pengurusan fakulti yang turut memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini.

Fokus Perbincangan dan Pembentangan:

Antara pengisian utama sesi ini adalah seperti berikut:

  1. Pengenalan dan Pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM
    Menyentuh aspek akses kemudahan fizikal dan digital, sokongan penyelidikan, pinjaman silang kampus, perkhidmatan rujukan, serta perkhidmatan Subject Librarian yang disesuaikan mengikut bidang pengajian.
  2. Kempen Program Galakan Membaca “1 Warga, 24 Naskah”
    Penerangan mengenai mekanisme untuk menyokong petunjuk prestasi universiti (PI 145 – Knowledge Society), melalui pemantapan budaya membaca warga kampus dan penggunaan platform Sistem PERMATA dan MyReading.
  3. Inisiatif Pembudayaan Ilmu dan Literasi Maklumat
    – Menyokong PI 146 dengan pelaksanaan Reading Corner, Speakers’ Corner, penganjuran aktiviti berbentuk resensi buku serta wacana ilmiah secara berterusan.
  4. Penerangan mengenai pengurusan Sistem Turnitin
    – Sebagai alat sokongan akademik dalam menilai keaslian penulisan dan mengelakkan amalan plagiat dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
  5. Penerangan Fungsi Self-Material Deposit untuk pensyarah

– Penjelasan tentang proses pemindahan bahan akademik seperti nota kuliah, artikel, dan slaid ke dalam repositori universiti.

  1. Penerangan Inisiatif Memori UiTM
    – Usaha pendigitalan sejarah institusi dan dokumentasi penting fakulti dalam platform arkib digital UiTM.
  2. Pengenalan Briged Sukarelawan PTAR
    Menyediakan peluang kepada warga fakulti untuk terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat dan promosi literasi melalui pasukan sukarelawan perpustakaan. Penglibatan pelajar di fakulti juga dimaklumkan .

Cadangan dan Maklum Balas daripada Fakulti:

Pihak pengurusan FSG turut memberikan cadangan bernas ke arah penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan, antaranya:

  1. Pengintegrasian Automatik Bahan Bacaan MyReading untuk Pensyarah
    Cadangan agar sistem MyReading membolehkan senarai rujukan bagi penerbitan yang telah diterbitkan di integrasi atau dimasukkan didlam MyReading mereka.
  2. Taklimat Khas Penggunaan Self Material Deposit dan MyReading
    Pelaksanaan sesi latihan dan taklimat untuk pensyarah dan pelajar bagi memantapkan penggunaan platform digital tersebut.

Sesi ini bukan sahaja membuka ruang perbincangan yang konstruktif, malah turut memperkukuhkan kerjasama strategik antara PTAR dan FSG ke arah memperkasakan perkhidmatan maklumat, pembudayaan ilmu dan kempen membaca berimpak tinggi di UiTM.

 

#MalaysiaMembaca #UiTMMembaca #KnowledgeSociety #PTARUiTM #MembacaMakananJiwa



Layari : https://www.facebook.com/share/p/1RjvYyndVv/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama