Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam terus memperkukuh peranannya sebagai pusat pembelajaran unggul apabila menerima kunjungan lawatan penanda arasan daripada delegasi Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Lawatan ini memberi fokus kepada amalan terbaik dalam pelaksanaan sistem Online Chat serta program Collaborative Teaching, dua inisiatif unggul yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Unit Literasi Maklumat PTAR.
Sesi perkongsian ilmu diteruskan dengan pembentangan oleh:
-
En. Mohd Izwan Salim yang berkongsi mengenai kejayaan inisiatif Chat With Librarian, satu sistem komunikasi masa nyata yang menjadi jambatan efektif antara pengguna dan pustakawan.
-
Puan Eza Eliana Abdul Wahid yang mengetengahkan pendekatan Teaching Library, sebuah program yang menyokong pengajaran secara kolaboratif antara perpustakaan dan fakulti.
-
Puan Fazlin Shamsudin
-
Puan Najah Mohd Ali
-
Puan Liza Ab Llah
Kehadiran mereka bukan sahaja menjadi kebanggaan buat UiTM, malah menyerlahkan pencapaian institusi dalam melahirkan pustakawan profesional dan berdaya saing di peringkat nasional.
"Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada jaringan kolaborasi yang lebih strategik dan berterusan, demi kecemerlangan dunia kepustakawanan tanah air.”
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/14DqprHZ524/
#UiTM #PTAR #PSASUPM #LawatanPenandaAras #LibraryInnovation #TeachingLibrary #ChatWithLibrarian #AlumniUiTM #VibrantCentreOfLearning #KepustakawananMalaysia
Catat Ulasan