Shah Alam, 16 Januari 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi melihat dan mempelajari amalan terbaik yang dilaksanakan oleh jabatan tersebut.
Lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, JAKESS ini bertujuan memperkasa pelaksanaan EKSA melalui perkongsian pengalaman, pendekatan pengurusan persekitaran kerja kondusif serta budaya kerja berkualiti yang diamalkan. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Penyelaras EKSA JAKESS, diikuti ucapan balas oleh Pengerusi EKSA PTAR.
Program diteruskan dengan taklimat EKSA, sesi soal jawab serta lawatan ke ruang kerja terpilih bagi meninjau pelaksanaan EKSA secara praktikal. Lawatan ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada PTAR dalam memperkukuh tadbir urus, kecekapan organisasi dan penambahbaikan berterusan selaras dengan aspirasi sektor awam.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/17w5DpoMqT/

Catat Ulasan