Jabatan Perpustakaan telah menjalani Audit Pematuhan Dasar ICT pada 13 hingga 15 Januari 2026 yang dilaksanakan oleh Jabatan Digital UiTM. Skop audit merangkumi pematuhan terhadap dasar dan garis panduan berdasarkan dokumen Dasar ICT UiTM.

Mesyuarat Penutup Audit Pematuhan Dasar ICT yang diadakan pada 15 Januari 2026 turut melaporkan hasil dapatan audit di mana Jabatan Perpustakaan telah berjaya memperolehi markah cemerlang sebanyak 98% (5 Bintang). Tahniah diucapkan kepada semua bahagian atas penglibatan dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses audit dijalankan.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama