Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA telah menganjurkan Sesi Libat Urus bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBrs. Prof. Dr. Yamin Yasin, sebagai platform strategik memperkukuh hala tuju akademik dan peranan perpustakaan dalam ekosistem pembelajaran universiti.
Sesi yang berlangsung dalam suasana profesional dan konstruktif ini diketuai oleh Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, dengan fokus kepada perkongsian pandangan, penyelarasan inisiatif akademik serta pengukuhan sokongan perpustakaan terhadap agenda kecemerlangan pengajaran, pembelajaran dan antarabangsa UiTM.
Melalui sesi libat urus ini, pelbagai input bernilai telah dibincangkan merangkumi peranan strategik perpustakaan sebagai pusat ilmu dinamik, pemudah cara pembelajaran digital serta rakan kolaborasi akademik yang relevan dan mampan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PTAR dalam mendukung aspirasi universiti ke arah kecemerlangan global dan transformasi pendidikan tinggi.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama