Siri Telaah Resensi Buku: Tasawuf Moden
Shah Alam, 6 Mac 2026 – Dalam usaha menyuburkan tradisi wacana ilmu dan penghayatan pemikiran Islam yang mendalam, Perpustakaan UiTM menganjurkan Siri Telaah Resensi Buku yang menampilkan kupasan karya agung Tasawuf Moden tulisan tokoh ulama dan pemikir besar Nusantara, Buya Hamka.
Sesi wacana ilmiah ini disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, yang berkongsi refleksi dan pandangan mengenai bagaimana nilai-nilai tasawuf mampu membentuk jiwa yang seimbang, memperhalus akhlak serta membimbing manusia menghadapi cabaran kehidupan moden dengan hikmah dan ketenangan.
Turut bersama mengemudi sesi diskusi ialah YBrs. Prof. Dr. Amer Shakir bin Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) UiTM Shah Alam, yang membantu memperkayakan perbincangan dalam suasana dialog ilmu yang penuh makna.
Program ini merupakan antara inisiatif Perpustakaan UiTM dalam memperkukuh pembudayaan ilmu, menghidupkan kembali tradisi telaah karya besar serta membuka ruang perbincangan intelektual yang menyentuh dimensi ilmu, akhlak dan pembangunan insan.
Melalui kupasan karya Tasawuf Moden, warga universiti diajak menelusuri pemikiran Buya Hamka yang menampilkan tasawuf sebagai jalan penyucian jiwa yang relevan dengan realiti kehidupan masyarakat masa kini.
Ikuti siaran langsung program ini di:

Mari bersama menghayati khazanah pemikiran Buya Hamka dalam memahami makna tasawuf yang membimbing kehidupan moden dengan nilai kebijaksanaan dan keseimbangan. Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/17NquwiRvy/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama