SHAH ALAM, 5 Mac 2026 – Bagi memupuk budaya perkongsian maklumat yang sah dan telus di ruang digital, Bahagian Perpustakaan Digital, Jabatan Perpustakaan UiTM telah menganjurkan Taklimat Creative Commons (CC) License secara dalam talian. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi panduan kepada warga perpustakaan mengenai aspek hak cipta digital dan amalan akses terbuka (open access) yang diamalkan secara global.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Akmal Ahmat, Pustakawan Kanan dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Creative Commons (CC) License merupakan satu sistem pelesenan standard yang membolehkan pencipta kandungan memberikan kebenaran kepada orang awam untuk menggunakan karya mereka mengikut syarat-syarat tertentu. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada barisan pengurusan dan staf pelaksana Perpustakaan UiTM telah menyertai sesi ini untuk memperkukuh pengetahuan mereka dalam pengurusan aset digital universiti.
Antara objektif utama taklimat ini termasuklah memberi pendedahan tentang fungsi dan kategori pelbagai jenis lesen Creative Commons dan melatih staf untuk memilih jenis lesen yang sesuai bagi setiap bahan digital yang dimuat naik ke portal atau repositori universiti.Pematuhan hak cipta juga amat penting bag memastikan setiap perkongsian maklumat mematuhi undang-undang hak cipta bagi menjamin kualiti dan integriti perkhidmatan digital dan yang paling penting adalah memperkasa perkongsian sumber secara terbuka bagi meningkatkan impak dan keterlihatan penyelidikan universiti di peringkat global.
Dalam sesi selama tiga jam tersebut, para peserta telah didedahkan kepada beberapa topik kritikal seperti:
  • Pengenalan Hak Cipta: Memahami kedudukan Creative Commons dalam ekosistem hak cipta moden.
  • Simbologi dan Jenis Lesen: Penjelasan mendalam mengenai kategori lesen seperti BY (Attribution), NC (Non-Commercial), ND (No-Derivatives), dan SA (Share-Alike).
  • Aplikasi Praktikal: Teknik memilih dan meletakkan lesen CC yang betul pada karya penulisan dan bahan digital.
Melalui penganjuran taklimat ini, Perpustakaan UiTM komited untuk terus menyokong agenda akses terbuka dengan memastikan setiap sumber digital yang disediakan adalah sah dari segi undang-undang dan mudah diakses oleh komuniti akademik. Transformasi ini diharap dapat memacu kecemerlangan digital perpustakaan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat semasa.

Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1BaWjyVfVJ/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama