Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam menjadi saksi kepada sebuah momen istimewa apabila rakaman Takbir Raya melibatkan barisan Pengurusan Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dijalankan di Ruang Koleksi Khas Jawi, Aras 4 PTAR.
Dalam suasana yang penuh keberkatan dan kebersamaan, alunan takbir dan tahmid bergema di ruang yang menyimpan khazanah persuratan Melayu-Islam ini. Rakaman tersebut menzahirkan semangat kesyukuran menyambut Aidilfitri, di samping memperlihatkan kebersamaan barisan kepimpinan universiti dalam menyemarakkan nilai ukhuwah dan tradisi.
Pemilihan Koleksi Khas Jawi PTAR sebagai latar rakaman membawa makna simbolik yang tersendiri. Ruang yang kaya dengan warisan ilmu ini menjadi pentas kepada penyatuan tradisi, kepimpinan dan nilai spiritual, selari dengan peranan perpustakaan sebagai pusat pemeliharaan khazanah ilmu dan budaya.
Rakaman Takbir Raya ini bakal dikongsikan kepada seluruh warga universiti sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM, sekali gus memperkukuh peranan PTAR sebagai Vibrant Centre of Learning yang menghubungkan ilmu, budaya dan nilai dalam ekosistem universiti.
Nantikan siaran rasmi Takbir Raya UiTM yang bakal dikongsikan kepada seluruh warga universiti.
Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/18GPR7L8dZ/

Catat Ulasan