Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM telah menganjurkan Program Talaqqi Kerohanian Siri 4 yang menampilkan sesi Pengajian Hadis Kitab Hadis 40 Imam Nawawi bersama Ustaz Da’i Ammar Ismail, Pensyarah ACIS UiTM.
Program yang berlangsung di Ruang Telaah, PTAR UiTM Shah Alam ini merupakan sebahagian daripada inisiatif perpustakaan dalam memperkasa pembudayaan ilmu serta penghayatan terhadap sumber ilmu Islam yang muktabar dalam kalangan warga universiti.
Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Da’i Ammar menjelaskan bahawa hadis merupakan sumber kedua dalam syariat Islam selepas Al-Quran, yang berperanan menjelaskan dan memperincikan ajaran Islam dalam kehidupan seorang Muslim.
Sesi pengajian turut memperkenalkan karya agung Al-Arba’in Al-Nawawiyyah oleh Imam Yahya bin Syaraf Al-Nawawi, yang menghimpunkan hadis-hadis penting berkaitan asas agama, ibadah, akhlak dan kehidupan.
Peserta juga didedahkan dengan hadis pertama dalam kitab tersebut yang menekankan kepentingan niat sebagai asas setiap amalan.
Semoga program ini terus menyemarakkan budaya talaqqi dan pembelajaran ilmu Islam dalam kalangan warga UiTM serta memberi manfaat kepada semua yang hadir dan mengikuti siaran langsung.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1DmWAt4LaT/

Catat Ulasan