21 Ramadan 1447H | 11 Mac 2026, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini telah menganjurkan program World #QuranHour yang berlangsung di Ruang Telaah, PTAR UiTM Shah Alam dengan penglibatan warga PTAR dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Program ini diadakan bersempena inisiatif global World #QuranHour yang membawa tema “Dunia Berbudi & Penyayang”, dengan penghayatan Surah Al-Muzzammil sebagai fokus utama tadabbur pada tahun ini.
Sesi tilawah dan pentadabburan Al-Quran telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Syafee Salihin Hasan, Pensyarah Kanan dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam, yang berkongsi penghayatan terhadap mesej Surah Al-Muzzammil berkaitan kekuatan spiritual, kesabaran dalam perjuangan serta kepentingan membina hubungan yang erat dengan Al-Quran.
Program selama satu jam ini menghimpunkan warga PTAR untuk bersama-sama membaca, memahami serta mentadabbur ayat-ayat suci Al-Quran, sekali gus menyemarakkan budaya penghayatan ilmu dan nilai kerohanian dalam ekosistem universiti.
Penganjuran program ini juga mencerminkan peranan PTAR sebagai ruang ilmu yang bukan sahaja memperkasa pembelajaran akademik, malah turut menyuburkan pembangunan sahsiah dan kerohanian warga universiti, selaras dengan aspirasi #VibrantCentreOfLearning.
Satu Jam Bersama Al-Quran, Membina Jiwa dan Peradaban.
Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1CEB4A2FpB/

Catat Ulasan