Perpustakaan Tun Abdul Razak telah dijemput untuk menyampaikan taklimat perpustakaan sempena Program Pemantapan Destinasi Siswa@ACIS pada 30 Mac 2026 (Isnin) melalui platform Google Meet dengan penyertaan seramai 248 orang pelajar dan pensyarah.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar baharu mengenai peranan PTAR serta platform digital seperti PERMATA dan AKASA dalam menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan.

Melalui sesi ini, peserta didedahkan dengan Portal PERMATA sebagai gerbang utama kepada pelbagai sumber perpustakaan termasuk bahan rujukan bercetak dan digital, akses kepada pangkalan data akademik, serta kemudahan carian maklumat yang komprehensif.

Di samping itu, perkhidmatan lain seperti literasi maklumat dan khidmat pelanggan turut diperkenalkan bagi membantu pengguna mengoptimumkan penggunaan sumber yang disediakan oleh perpustakaan.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran dan kemahiran pelajar dalam mengakses serta memanfaatkan sumber maklumat secara berkesan.

Baca lanjut: 
https://www.facebook.com/share/p/17ZoYqQeZj/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama