Shah Alam, 30 Mac 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar Latihan Industri daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Program latihan industri ini melibatkan pelajar daripada bidang Pengajian Bahasa dan Pengurusan Maklumat yang akan menjalani latihan bermula 30 Mac 2026 hingga Ogos 2026 (UiTM) dan 30 Mac hingga 26 Jun 2026 (USIM).
Sepanjang tempoh latihan, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aspek operasi perpustakaan termasuk pengurusan maklumat, perkhidmatan pelanggan, penggunaan sistem digital serta pengendalian bahan ilmiah.
Inisiatif ini selari dengan peranan Perpustakaan UiTM sebagai pusat ilmu yang dinamik dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta menyokong pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning).
Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari di universiti ke dalam situasi sebenar di tempat kerja.
Perpustakaan UiTM berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini bagi meningkatkan kemahiran profesional dan membina jaringan kerjaya pada masa hadapan.

Catat Ulasan