02 April 2026 | Shah Alam, telah berlangsung dengan jayanya Sesi Taklimat Orientasi Perpustakaan UiTM sempena Program Pemantapan Destini Siswa buat pelajar baharu Akademi Pengajian Bahasa (APB) pada pagi tadi. Sesi padat selama 20 minit ini telah dihadiri oleh seramai 256 orang mahasiswa baharu menerusi platform Google Meet.
Antara Pengisian Utama:
Gerbang Ilmu: Taklimat menyeluruh mengenai perkhidmatan, fasiliti moden, koleksi bahan rujukan, dan penggunaan portal PERMATA.
Latihan Minda: Sesi pengenalan dan semakan kepantasan membaca bagi menguji tahap fokus dan kognitif pelajar dalam pembacaan pantas.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang memberikan kerjasama yang sangat baik dan aktif sepanjang sesi berlangsung. Semoga segala input yang dikongsikan dapat membantu anda mengoptimumkan sumber perpustakaan demi kecemerlangan akademik di UiTM.
Selamat maju jaya dalam pengajian anda.

Catat Ulasan