Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Intensif Literasi Maklumat: Kajian & Pengurusan Rujukan Mendeley pada 30 Jun 2026 (Selasa) bertempat di Auditorium 1, NIH.

Program ini telah disertai oleh 38 orang peserta dalam kalangan penyelidik NIH dengan pengisian berkaitan pengurusan rujukan secara sistematik dan efisien menggunakan aplikasi Mendeley. Antara fokus utama bengkel ialah pengumpulan dan pengurusan rujukan, penyusunan folder, penggunaan Mendeley Cite, pembinaan bibliografi serta sinkronisasi rujukan merentas peranti.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin, Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP) / S12, yang berkongsi panduan praktikal bagi membantu peserta memantapkan kemahiran pengurusan rujukan dalam penyelidikan dan penulisan akademik.

Semoga penganjuran bengkel ini dapat menyokong budaya penyelidikan yang lebih teratur, cekap dan berimpak dalam kalangan warga penyelidik NIH.

“Pengurusan rujukan yang cekap, penulisan yang berimpak.”

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1Q3c9cqtZd/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama