Open Science mengubah landskap penyelidikan global melalui amalan yang lebih telus, terbuka dan kolaboratif. Seiring dengan itu, perpustakaan akademik memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam menyokong kecemerlangan penyelidikan institusi.
Bengkel ini menghimpunkan Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan, bakal pemimpin perpustakaan serta pegawai sokongan penyelidikan dari institusi pengajian tinggi Malaysia untuk memperkukuh kepimpinan, berkongsi amalan terbaik dan membangunkan strategi pelaksanaan Open Science yang mampan demi memacu ekosistem penyelidikan negara.
Bengkel ini diwakili oleh:
- Encik Shahrol Nizam bin Johol - Timbalan Ketua Pustakawan Unit Sumber Elektronik, Bahagian Sumber Rujukan Universiti
- Puan Nik Zatihulwani binti Jamaludin - Pustakawan Kanan Unit Literasi Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan
- Encik Mohd Aizat bin Abd Halim - Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan
- Encik Muhammad Shafiq bin Amirullah - Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/18JHJKXXN9/

Catat Ulasan